Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tempoh Jose Mourinho di Roma berakhir dengan tangisan

Jan 18, 2024 | 01:32 PM



ROME: Jose Mourinho meninggalkan padang latihan pasukan AS Roma, Trigoria, buat kali terakhir dengan linangan air mata dengan teriakan “kami sayangkan anda” dilaungkan para peminat yang memberi sokongan kepadanya.


Yang pasti pasukan bergelar Giallorossi ini sedang menghadapi musim yang sukar di kancah liga profesional Italy.

Berada di tangga kesembilan Serie A dalam kalangan 20 pasukan, Roma sejauh ini hanya mengutip 29 mata daripada 20 perlawanan – 22 mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan yang telah mengumpul 51 mata.

Sebelum ini banyak yang dijangkakan daripada pasukan yang dibarisi para pemain handalan seperti Paulo Dybala, Romelu Lukaku, Leonardo Spinazzola dan Leandro Paredes.

Ini kali pertama pasukan itu mengumpul mata paling sedikit sejak musim 2002/2003.

Padahal pemilik baru pasukan itu, Dan Friedkin dan anaknya Ryan Friedkin, jelas mempunyai ramalan yang dapat membangunkan jenama Roma dan menarik perhatian dunia.

Tidak hairanlah mereka memilih Mourinho untuk menguruskan kelab tersebut pada Mei 2021, yang terus menarik perhatian para peminat pasukan tersebut.

Dianggarkan sekitar £100 juta ($170.4 juta) telah dibelanjakan pada musim panas 2021, bagi memenuhi keinginan jurulatih baru pasukan itu dan ternyata Mourinho membalas kepercayaan pemilik itu dengan membantu pasukan itu menjuarai Liga Conference Europa.

Ia merupakan piala pertama AS Roma sepanjang 14 tahun dan trofi Eropah pertama mereka sejak 1961.

Namun, usaha mengumpul mata dalam liga Serie A menerusi perlawanan ternyata sukar dicapai dan Roma menyasarkan pula Liga Juara-Juara Eropah dalam usaha menarik pendanaan ke kelab itu.

Malangnya dua kali pasukan itu menduduki tempat keenam dan ini dianggap sebagai pulangan pelaburan yang rendah.

Selain keputusan yang diperolehi, corak permainan pasukan itu juga teruk dikecam.

Dalam peringkat separuh akhir Liga Eropah menentang Bayer Leverkusen, AS Roma dikecam kerana corak permainan yang terlalu bertahan dan hanya menang 1-0.

“Agak memalukan dalam satu perlawanan peringkat separuh akhir bagi bola sepak peringkat tinggi, corak permainan sebegini boleh menang.

“Akhirnya perlawanan jadi tidak senonoh,” kata pemain midfield Leverkusen, Kerem Demirbay.

Bagi pihak AS Roma, apa yang penting hanyalah keputuan perlawanan.

Pasukan Italy ini wajar dipuji kerana tahan lasak, meskipun tidak menghiburkan corak permainan mereka.

Anehnya para pemain AS Roma kelihatan hambar dan tidak berdaya dalam beberapa perlawanan musim ini.

Terkini pada 15 Januari pula, AS Roma tewas 1-3 di tangan AC Milan dalam satu perlawanan di mana pasukan Milan mempamerkan permainan yang amat menarik.

Di sebalik permainan yang tidak menarik, AS Roma juga telah mengalami banyak masalah kecederaan.

Pasukan itu ketiadaan pemain handalan mereka, Chris Smalling, hampir sepanjang musim kali ini, sementara Tammy Abraham masih belum sembuh daripada kecederaan ligamennya.

Penyerang berbisa mereka pula, Dybala, terlepas beraksi selama 69 hari dan 12 perlawanan.

Di sebalik semua masalah yang dihadapi, Mourinho dikatakan mempunyai hubungan kukuh dengan para peminatnya, yang setia dan menunjukkan sokongan mereka dalam setiap perlawanan pasukan itu semasa di bawah bimbingannya.

Sehinggakan seluruh tempat duduk stadium habis terjual setiap kali pasukan itu bermain.

Meskipun dipecat, namun Mourinho boleh berbangga kerana telah memenangi piala Eropah pertama pasukan itu yang pertama dalam Liga Conference Europa. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >