Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tengku Mahkota Johor mahu Fifa siasat FAM

Oct 20, 2015 | 08:52 AM



KUALA LUMPUR: Putera Mahkota Johor melancarkan satu lagi serangan ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dengan berkata para pegawainya gagal menangani rasuah dan menyorok pendapatan siaran daripada kelab.


Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pada Isnin (19 Okt) FAM bersalah menyebabkan Malaysia merosot ke kedudukan paling teruk - 171 - dalam senarai Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), selepas kekalahan rekod 10-0 kepada Amiriab Arab Bersatu (UAE) pada September.


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu menggesa Fifa menyiasat FAM.


"Mungkin Fifa harus menyoal mereka atau melakukan sesuatu seperti itu kerana ia tidak sihat," kata beliau, 31 tahun.


"Tiada siapa (dalam FAM) berminat bergerak ke hadapan atau membawa bola sepak ke tahap lebih tinggi tetapi semua orang berminat dalam kepentingan dan kedudukan mereka sendiri. Sebahagian besar kelab dikendalikan oleh ahli politik dan mereka semua mahu bertindakan dengan selamat.


"Anda boleh lihat Fifa dalam keadaan kucar-kacir sekarang dan itu yang telah berlaku dalam persatuan lain juga."


Beliau gagal dalam usahanya menjadi presiden FAM tahun lepas, tewas kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang.


Tunku Ismail, yang berkata beliau tidak akan bertanding lagi, dijemput menjadi penasihat kepada Tengku Abdullah tetapi ini berlaku hanya dua bulan kerana Putera Mahkota Johor itu menjadi kecewa dengan sistem yang lembap.


Persoalan mengenai kewangan FAM, terutamanya, membuat beliau tidak puas hati.


Beliau amat bengang mengenai kontrak RM1.2 bilion ($397.1 juta) selama 15 tahun yang FAM tandatangani bersama MP & Silva pada Januari.


"Sepatutnya, dalam setiap liga di dunia, setiap kelab yang mengambil bahagian harus mendapat 90-95 peratus daripada hak penyiaran yang akan membantu mereka mempunyai projek pembangunan belia mereka sendiri, menambah baik prasarana dan mempunyai pasukan bermutu," katanya.


"Tetapi masalahnya ialah FAM hanya memberi 22 peratus kepada pasukan, jadi setiap pasukan akan mendapat hanya RM1 juta, manakala FAM menikmati bahagian besar RM47 juta.


"Ia harus diberi kepada kelab. Yang FAM lakukan pada dasarnya ialah mencuri wang daripada kelab dan dunia perlu tahu ini. Ia salah." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >