Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Theresa Goh pimpin tujuh atlet para S’pura di Pertandingan Sukan Keupayaan Dunia

Dec 01, 2023 | 12:50 PM



Ketua rombongan atau chef-de-missioni (CDM), yang juga bekas pemenang pingat Paralimpik,Theresa Goh akan mengetuai tujuh atlet para Singapura untuk bersaing dalam Pertandingan Sukan Keupayaan Dunia (WAG) 2023 pertama.

Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC) menghantar kontinjen seramai tujuh atlet para untuk bersaing meliputi empat sukan para di WAG 2023 yang akan berlangsung dari 1 hingga 9 Disember di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Gabungan dua acara dunia sebelum ini, WAG 2023 merupakan pertandingan antarabangsa pertama yang diadakan selepas gabungan Persekutuan Sukan Kerusi Roda dan Orang Kudung Kaki Tangan (IWAS) dan Persatuan Sukan Antarabangsa dan Riadah Cerebral Palsy (CPISRA) pada April 2023.

Sebanyak 11 sukan para akan ditampilkan dalam edisi sulung ini: memanah; olahraga; badminton; berbasikal; ‘powerlifting’; menembak; snuker; renang; tenis meja; mendayung dan ‘fencing’ kerusi roda.

Selain itu, e-sukan, takraw, kanu dan bola petanque juga akan ditampilkan sebagai sukan para demonstrasi.

Tujuh atlet para Singapura yang berumur dari 15 hingga 64 tahun akan bersaing dalam empat daripada 11 sukan pingat – berbasikal; ‘powerlifting’; menembak dan tenis meja.

Muhammad Nur Amsyar Abdemanaf, 20 tahun, dan Sebastian Adrian Tan, 23 tahun, akan bersaing dalam sukan berbasikal untuk pertandingan antarabangsa pertama mereka di WAG 2023.

Amsyar yang menghidap Cerebral Palsy berkata:

“WAG akan membuka mata saya kerana ia merupakan pengalaman pertama saya bersaing dengan penunggang basikal dari negara lain.”

Kalai Vanen Nadeson yang berusia 64 tahun, akan bersaing dalam acara ‘powerlifting’, dalam acara sehingga 107 kilogram di WAG 2023.

Shannon Heng, 21 tahun, dan atlet termuda, Surya Mohan Jha, 15 tahun, bersaing dalam acara menembak manakala Caleb Lee, 19 tahun, dan Muhammad Dinie Asyraf Huzaini, 34 tahun, bakal menghadapi saingan sengit dalam tenis meja.

Atlet para ini akan diketuai oleh Theresa yang prestasi terbaiknya adalah pada 2007 di Sukan IWAS di mana beliau memenangi tiga pingat emas, tiga perak dan satu gangsa untuk Singapura, dan memperoleh dua pingat terbaik peribadi.

Beliau berkata, “Saya tidak percaya sudah 20 tahun sejak kali pertama saya menyertai Sukan IWAS pada 2003.

“Saya masih ingat ketika berusia 16 tahun di Sukan itu yang dipanggil IWAS ketika itu, dan kini saya teruja untuk mengambil peranan CDM untuk WAG pertama dan untuk memimpin kumpulan atlet muda yang bersemangat ke pencapaian seterus mereka.”

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >