Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Valencia pecat Gary Neville

Mar 31, 2016 | 12:19 PM



VALENCIA (Sepanyol): Gary Neville telah dipecat sebagai jurulatih Valencia, umum kelab Sepanyol itu pada Rabu (30 Mac).



"Kelab Bola Sepak Valencia hari ini telah berpisah dengan Gary Neville sebagai Ketua Jurulatih," kata Valencia dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam bahasa Inggeris di laman web mereka.



"Selepas pertimbangan berhati-hati, Kelab ini membuat keputusan untuk membuat perubahan demi kepentingan terbaik Valencia CF untuk maju dalam musim ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada Gary bagi kerja-kerjanya di Valencia dan mendoakan yang terbaik buat beliau pada masa akan datang."



Pako Ayestaran, sebelum ini seorang pembantu jurulatih di Mestalla, telah dilantik sebagai pengganti Neville sehingga akhir musim ini, tambah Valencia.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kelab Bola Sepak Valencia, peminat, kakitangan dan para pemain," kata Neville dalam satu kenyataan.



"Saya lebih suka meneruskan kerja yang saya telah mulakan tetapi memahami bahawa kita keputusan adalah penting dan keputusan dalam 28 permainan (menang 10, seri 7, kalah 11) bukan taraf yang saya kehendaki atau yang memenuhi taraf yang dikehendaki kelab ini."



Bekas bintang Manchester United itu pergi sedang Valencia menghuni tangga ke-14 dalam La Liga, enam mata di atas zon penyingkiran dengan baki lapan perlawanan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >