Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

700 jenis produk pelbagai negeri disediakan untuk pengunjung

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



NIKMATI 700 jenis produk agromakanan, buah-buahan, sayuran segar serta kraf tangan, hasil jualan sekitar 80 syarikat usahawan dari Malaysia di acara Malaysia Fest 2022.



Malaysia Fest 2022 merupakan pameran perdagangan dan pengguna tahunan yang dianjurkan oleh syarikat MegaXpress International Pte Ltd khusus untuk mempromosikan produk keluaran Malaysia di Singapura.



Acara tersebut diadakan mulai hari ini hingga 28 Ogos ini di Ekspo Singapura dewan 6A.



Penyertaan syarikat usahawan dari Malaysia di Malaysia Fest 2022 itu adalah hasil bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Malaysia, yang berperanan memperkukuh pasaran eksport usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke pasaran Singapura.



Fama telah menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan eksport kepada usahawan PKS atau bakal pengeksport di dalam penerokaan pasaran Malaysia di luar negara. Ia juga telah menyediakan platform bagi penerokaan, pengukuhan, peluasan pasaran eksport bagi produk agromakanan Malaysia.



Antara produk yang diberi fokus dan bakal mendapat permintaan tinggi di Malaysia Fest 2022 kali ini adalah petai, keropok lekor Terengganu, amplang Sabah, opak ubi kayu Johor, kek lapis Sarawak, air tebu Negeri Sembilan, pes rendang tok Perak, biskut kelapa Perak, mi siput Johor, buah-buah segar, sayur-sayuran dan ulaman kampung.



Antara negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Terengganu dan Sarawak, manakala agensi kerajaan pula adalah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Perbadanan Usahawan Johor (PUJB).



Bagi tujuan pengurusan logistik ke Singapura, Fama telah menyelaras hantaran bagi produk usahawan bimbingan kerajaan negeri dan agensi yang berkaitan yang melibatkan enam lori (empat kontena dan dua lori sejuk beku).



Sasaran nilai jualan produk usahawan adalah RM7 juta ($2.17 juta) dan potensi nilai eksport sebanyak RM15 juta ($4.66 juta).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >