Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA PENGIKLAN

Dapatkan iklan Ramadan norma baru Metro esok

Mar 31, 2022 | 05:30 AM



SAMBUTAN Ramadan mungkin kurang serinya tanpa iklan iftar Ramadan.



Tahun ini, suasana Ramadan dalam norma baru menjadi tema Metro Holdings, sekali gus memperlihatkan sisi kreatif syarikat tersebut dalam menyampaikan mesejnya.



Metro kali ini membawa mesej bagaimana Ramadan yang disambut adalah untuk mendekatkan hubungan antara sanak saudara dan rakan-rakan.



Iklan Metro yang bakal dipaparkan esok (Jumaat) di Berita Harian (BH) menyajikan empat halaman penuh.



Ia menggunakan kertas bebas kayu atau 'woodfree' - iaitu kertas yang dibuat dengan bahan kimia dengan unsur-unsur yang terdapat dalam kayu dihilangkan dan hasilnya hampir sama seperti kertas yang diperbuat daripada kayu.



Dalam iklan berwarna-warni ini, Metro memilih 30 ruangan dengan memaparkan tarikh bermula Ramadan hinggalah berakhirnya Ramadan.



Dalam setiap tarikh, tersaji waktu berbuka puasa dan waktu bermulanya puasa.



Pembaca BH boleh menyimpannya sebagai satu kalendar lengkap Ramadan.



Dalam setiap tarikh, Metro memilih untuk menggabungkan produk-produk yang dijual yang amat rapat pengunaannya sepanjang Ramadan ini.



Iklan ini menampilkan keseluruhan sebuah 'pameran' yang menghimpun sejumlah produk dengan tema Ramadannya.



Iklan ini adalah sempena ulang tahun Metro yang ke-65 tahun ini dengan me-ngadakan pelbagai promosi untuk pelanggan.



Kunjungi kedai fizikal Metro di Paragon dan Causeway Point, atau layari laman web Metro, serta wadah Metro di LazMall dan Shopee Mall.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >