Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HASANAH

Jalin hubungan erat dengan masyarakat serta warga hijrahan Bangladesh

Apr 15, 2022 | 06:35 AM



ISLAM adalah sebuah agama yang membawa kepada kedamaian. Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk berbuat baik kepada seluruh manusia tanpa mengira latar belakang, bangsa mahu pun agama.



Sesungguhnya, Allah swt telah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)



Bertitik tolak daripada itu, Masjid Hasanah tidak mahu ketinggalan dalam menjaga keharmonian dengan kaum berlainan, khususnya pekerja asing di Singapura.



Baru-baru ini, Masjid Hasanah dipilih menjadi tempat pelaksanaan bagi Program Bicara Kesihatan khas untuk para pekerja warga Bangladesh yang bekerja di Singapura.



Selepas dua tahun tergendala, akhirnya program yang menyaksikan kehadiran seramai 50 orang pekerja asing Bangladesh ini berjaya dikendalikan secara fizikal.



Tujuan utama adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat bagi memakmurkan Masjid Hasanah kepada semua lapisan masyarakat, termasuk pekerja asing.



Program kesihatan ini dapat memberi kesedaran kepada pekerja asing mengenai kepentingan  penjagaan diri ketika menjalankan tugas harian dan mendorong mereka mengamalkan gaya hidup sihat.



Tambahan lagi, program sebegini dapat meningkatkan kemahiran para pekerja asing dan memberi mereka ilmu berguna yang dapat diamalkan pada setiap hari.



Dengan itu, Masjid Hasanah berharap pelaksanaan program sedemikian dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan para pekerja asing kerana masjid sentiasa mengutamakan keharmonian kaum dan bersifat inklusif.



Pegawai Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Muhammad Syahid Salleh, turut meminta umat Islam mengambil kesempatan meraih manfaat bulan Ramadan ini dengan memperbanyak amal ibadah seperti solat, sedekah, membaca al-Quran serta menjaga hubungan antara kaum.



Menurut Ustaz Muhammad Syahid, selain hubungan kita dengan Allah swt, umat Islam juga perlu memperbaiki hubungan dengan sesama makhluk.



Beliau berkata: “Walaupun sibuk beribadah, jangan lupa hak sekeliling yang perlukan perhatian dan bantuan kita. Ambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk berbuat baik kepada orang lain kerana pahalanya pasti lebih berganda.



“Amalan seperti bertukar makanan berbuka sesama jiran, bergotong royong, memberi kegembiraan kepada insan lain merupakan amalan yang tentunya bakal meraih ganjaran besar di sisi Allah swt.”



Seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah saw: “Janganlah meremehkan kebaikan sedikitpun walau hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah sebahagian daripada kebajikan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Timidzi).




DERMA DIALU-ALU



- Paynow ke UEN: S70MQ0042B



Pemindahan wang ke nombor akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang 'bill reference' dengan 'Wakaf' atau 'Infaq'. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.



- Melalui cek, hantar kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.



- Infak barang kemas dan pengambilan derma $500 ke atas dari rumah. Hubungi pejabat masjid di talian 6561-7990 untuk sesi janjii temu.



- Melalui kaunter pejabat: Isnin-Khamis (9.30 pagi - 5 petang), Jumaat (2 petang - 5 petang) serta Sabtu & Ahad (12 tengah hari - 3 petang)



- Pembayaran zakat juga boleh dilakukan di Masjid Hasanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >