Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Minah Jepun' dibuai irama nostalgia lagu Melayu

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



GELARAN 'Minah Jepun' melekat pada pemain piano jaz dan guru muzik, Aya Sekine, yang dilahirkan di Jepun tetapi menghabiskan masa lebih 25 tahun menetap dan bekerja di Singapura.



Apatah lagi, Aya berurusan dengan penyanyi dan pemuzik Melayu di dalam band The Jazz Djogets.



Kini, satu amanah besar digalas wanita ramah ini yang dipilih penyanyi Rudy Djoe sebagai pengarah muzik persembahan digital Dari Kalbuku.



Ketika dihubungi, Aya berkata: "Saya sudah bekerjasama dengan Rudy secara tetap selama dua tahun kini.



"Nyala rasanya ketika menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa ibundanya, Melayu, mencetus inspirasi buat saya.



"Saya juga gembira dapat mempelajari dan memainkan muzik daripada budaya lain. Teruja dan bersyukur rasanya apabila Rudy mempercayai kebolehan saya dengan memberi saya 'lampu hijau' untuk menyusun semula lagu-lagu dalam persembahan ini serta memimpin pemuzik lain."



Menurutnya, semua lagu yang dinyanyikan Rudy pada persembahan digital itu diketahui kecuali lagu Ahmad Jais dan Rafeah Buang, Mengikat Janji.



"Sebenarnya, lagu Melayu atau Indonesia ada persamaan dengan lagu pop Jepun dari tahun 1950-an hingga 1970-an secara harmoni dan melodi.



"Segalanya membawa kita kembali mengenang nostalgia. Di Jepun, kita ada genre muzik pop yang dipanggil 'enka' yang datang dari naluri.



"Ia berbaur sentimental di mana sang penyanyi akan menggambarkan kerinduan pada negara tercinta, keluarga atau hubungan cinta yang pergi entah ke mana. Rasanya itulah teras persamaan antara muzik Melayu dengan Jepun," tambah Aya.



Rudy, jelasnya, telah memberi terjemahan pada semua lagu yang dinyanyikan dengan Aya mendapati lirik dalam bahasa Melayu lebih puitis dan gah berbanding lirik Jepun yang agak realistik dan grafik.



Dalam menyusun semula lagu rakyat Rasa Sayang, Aya mengambil kira kepopularan lagu yang dinyanyikan berzaman lamanya.



"Saya tak nak ubah apa-apa dalam lagu ini. Saya ingin ia kekal sebagai lagu dendang rakyat. Saya rasa saya lakukan yang terbaik dalam menambah rencah dan drama pada lagu ini!" katanya.



Ditanya mengenai apa yang disenangi tatkala bekerjasama dengan Rudy, Aya menyifatkan vokalis The Jazz Djogets itu sebagai memiliki etika kerja serupa dengannya.



"Cita rasa kami dalam muzik serasi. Kami boleh 'ngam' dalam bab menghasilkan semula muzik baru sambil menghormati keaslian irama dan pengertian bersejarahnya.



"Rudy terbuka pada takrifan baru pada lagu lama. Saya pun begitu! Dengarkanlah suaranya. Anda akan terbuai jauh. Selebihnya, kami memang kecoh tatkala bersembang dan bertukar fikiran," ujar Aya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >