Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pelbagai program pupuk minat bahasa Melayu pada usia muda

Jun 01, 2021 | 05:30 AM



MENINGKAT kemahiran berfikir aras tinggi, mampu menguasai bahasa dengan baik serta menghargai budaya Melayu.



Itulah antara manfaat yang mampu diraih murid darjah tiga Sekolah Rendah Corporation yang mengikuti kurikulum Bahasa Melayu Lanjutan (HML).



Sekolah itu merupakan antara beberapa sekolah di sini yang terlibat dalam program perintis memperkenal HML kepada murid seawal usia sembilan tahun atau peringkat darjah tiga.



Hasilnya, HML membolehkan murid semuda itu didedahkan kepada sastera Melayu termasuk pantun dan sajak - dan ini membantu mereka mengukuhkan lagi kosa kata selain mendalami minat mereka terhadap bahasa dan budaya.



Guru bahasa Melayu Sekolah Rendah Corporation, Cik Siti Shahirah Samad, 28 tahun, mengatakan bahawa pembelajaran HML dijalankan dengan menggunakan pedagogi yang berstruktur.



"Dengan pengajaran yang lebih berstruktur, pelajar berasa seronok dan dapat menggarap apa-apa yang dipelajari oleh mereka dengan lebih berkesan.



"Pihak sekolah telah menggalakkan murid yang mempunyai keupayaan dan menunjukkan kecenderungan dalam bahasa Melayu untuk mengikuti kurikulum HML. Sejauh ini, seramai 30 pelajar menyertai HML di sekolah saya," jelas beliau.



Selepas memperkenal HML kepada murid darjah tiga, sekolah tersebut menerima maklum balas positif daripada guru bahawa murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa dalam kelas.



"Sebahagian keperluan HML memerlukan mereka merujuk kamus untuk mencari makna perkataan.



"Mereka juga mendapatkan sokongan ibu bapa semasa melakukan kerja rumah HML. Hasilnya, mereka kini lebih berdikari dan lebih yakin meluahkan apa-apa yang difikirkan oleh mereka serta belajar secara lebih yakin," jelasnya lagi.



Ini diluahkan sendiri seorang murid darjah tiga Sekolah Rendah Corporation, Nur K'eisha Adeleia Johari, sembilan tahun, yang melahirkan rasa seronok semasa mengikuti kelas HML.



"Banyak yang saya belajar tentang bahasa Melayu menerusi HML. Yang lebih menyeronokkan, ibu bapa saya juga beri sokongan kepada saya semasa di rumah," kata anak sulung tiga beradik itu lagi.



Ibunya, Cik Garnell Nur Azlin Katrina Shahizan , 34 tahun, mengatakan bahawa beliau dan suami, Encik Johari Mohamed Rashid, 40 tahun, bangga anaknya itu terpilih untuk mengikuti HML di peringkat darjah tiga.



"Memang kami di rumah amalkan pertuturan dalam dua bahasa - Melayu dan Inggeris. Kami tetapkan Rabu, Jumaat dan Ahad sebagai hari bertutur dalam bahasa Melayu.



"Dan bila K'eisha bertanyakan saya tentang kerja rumah berkaitan HML, saya cuba bantu semampu saya dengan mengajarnya meneroka perkataan baru yang ada dalam kamus," ujar suri rumah itu.



Bagi memenuhi keperluan dan keupayaan pelajar yang berbeza, terdapat juga program yang bertujuan menyokong murid dengan lebih baik untuk belajar bahasa Melayu seperti Program Sokongan Bahasa Ibunda (MTSP) yang diperkenal bagi murid darjah tiga dan empat.



Sekolah Rendah West Spring misalnya antara sekolah yang melaksanakan program itu.



Di bawah program itu, pelajar yang memerlukan lebih bimbingan dalam pembelajaran bahasa ibunda akan diajar dalam kumpulan kecil.



Guru juga menggunakan pelbagai sumber seperti kad gambar dan perkataan untuk menyokong pembelajaran murid dan meningkatkan kemahiran mereka membaca dan bertutur.



Yang pasti, usaha memperkasa penguasaan bahasa Melayu tidak terhenti di peringkat sekolah rendah.



Bagi pelajar sekolah menengah, program bahasa Melayu dilakarkan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan pelajar menggunakan bahasa Melayu pada peringkat yang tinggi.



Sekolah Menengah Anderson tidak melepaskan peluang untuk mendedahkan pelajarnya kepada sastera sejak menengah rendah lagi.



Pada 2012, sekolah itu menawarkan Kesusasteraan Melayu bagi pelajar menengah atas. Hasilnya, mereka melihat sesetengah pelajar kini menanam minat terhadap bahasa itu.



Tahun lalu pula, sekolah itu mengorak langkah dengan memperkenalkan Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) dalam usaha mendalamkan lagi minat pelajar terhadap bahasa dan budaya Melayu.



MLEP bertujuan memupuk kecekapan bahasa pelajar yang menunjukkan kecenderungan terhadap bahasa Melayu agar mereka boleh mencapai tahap penguasaan yang lebih tinggi, mendalamkan pemahaman mereka terhadap bahasa, budaya dan kesusasteraan Melayu dan mengasah kecekapan pelajar berdwibahasa dengan berkesan.



Guru bahasa dan sastera Melayu Sekolah Menengah Anderson, Cik Noorlizasabariah Ramli, 43 tahun, berkata pelajar menengah dua didedahkan kepada aktiviti seperti membuat persembahan teater, bersama pelajar menengah tiga yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu pada 2019.



"Menerusi aktiviti sedemikian, kami dapati bahawa para pelajar lebih mencintai bahasa dan berminat dalam membuat persembahan teater bersama rakan mereka," tambahnya.



  • Rencana ini dibawakan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >