Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Asean harus kekal inklusif dan terbuka di tengah-tengah ketegangan dunia

Sep 10, 2023 | 06:00 AM



Sidang Puncak Asean ke-43 yang baru berlalu di Jakarta, Indonesia, pada 5 September hingga 7 September menekankan pentingnya Asean untuk kekal terbuka dan inklusif di tengah-tengah ketegangan geopolitik di dunia.

Ketegangan geopolitik antara kuasa-kuasa dunia telah menyebabkan harga makanan dan bekalan tenaga meningkat. Rantau ini tidak terkecuali.

Di sebalik ketegangan itu, Asean perlu terus membuka ekonominya dan bersifat inklusif seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kepada para pemimpin Asean dan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China di Sidang Puncak Asia Timur (EAS) yang diadakan sebahagian daripada Sidang Puncak Asean ke-43 di Jakarta.

Pembentukan EAS merupakan satu daya usaha Asean untuk menghimpunkan semua pemimpin besar dunia sebagai penyumbang utama kestabilan rantau ini.

Selain negara Asean, EAS juga disertai Russia, Amerika, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Di sebalik ketegangan antara beberapa negara besar tersebut, kemajuan telah dicapai bagi hampir semua rakan kongsi EAS terhadap Prospek Asean Bagi Indo-Pasifik (AOIP), yang merupakan platform bagi membangunkan EAS.

AOIP melakarkan kedudukan bersama Asean dalam kerjasama serantau, keselamatan dan kemakmuran.

Yang penting, ia juga mengambil pendekatan tegas agar Asean tidak memihak sesiapa dengan kuasa besar yang bersaing untuk mempengaruhi rantau ini.

Sidang itu berjaya meningkatkan kerjasama antara negara besar dengan Asean.

Misalnya, pemimpin Asean dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang berkembang seperti bekalan tenaga karbon rendah dan dikitar semula bagi menangani isu perubahan iklim.

Mereka juga bersetuju berusaha sama dalam bidang ekonomi digital, termasuk keselamatan siber dan kewangan digital, serta keselamatan makanan.

Bagi agenda dalaman Asean, para pemimpin juga bersetuju dengan peta laluan bagi blok, Asean 2025: Menuju Ke Hadapan Bersama, agar mereka bekerjasama secara kolektif untuk meningkatkan profil rantau ini dan memastikan kemakmuran mereka.

Mereka juga bersetuju membentuk pasukan bertindak peringkat tinggi bagi membincangkan lanjutan pelan itu iaitu Visi Asean 2045.

Ia melakarkan usaha Asean selepas 2025 bagi mencapai matlamat bagi tempoh 20 tahun mendatang.

Sidang Puncak itu berhasil membuat kemajuan dalam kalangan anggota Asean serta kerjasama dengan kuasa-kuasa besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >