MEMAKAI tiga pakaian seragam dan menghadapi rusuhan Nadrah pada 1950 serta Konfrontasi, termasuk pengeboman MacDonald House di Orchard Road pada 1965. Itulah antara pengalaman yang dilalui Haji Amad Saman, 83 tahun, sepanjang 41 tahun berkhidmat dalam pasukan polis Singapura.
Pengalaman hidup beliau sama seperti negara ini, melalui liku-liku mencabar tetapi penuh harapan. Dan sebagai warga perintis, Haji Amad antara 450,000 orang yang bakal menikmati Pakej Generasi Perintis yang dibentangkan Pemerintah dalam belanjawan tahun ini.