Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Dakapi sikap belajar sepanjang hayat

Nov 19, 2023 | 05:31 AM



Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ di Singapura baru berakhir sementara peperiksaan GCE peringkat ‘A’ yang masih berlangsung akan berakhir dalam beberapa hari lagi.

Lumrahnya pelajar dan juga ibu bapa, berasa lega apabila peperiksaan selesai dan berharap dapat keputusan cemerlang yang akan menentukan langkah seterusnya – meneruskan pengajian di peringkat selanjutnya atau memasuki alam pekerjaan.

Mereka yang sambung belajar akan menghadapi peperiksaan di peringkat selanjutnya sehingga mendapat sijil, diploma atau ijazah, sebelum akhirnya bekerja atau menjadi peniaga.

Persoalannya: Adakah mereka akan berhenti belajar dengan berakhirnya peperiksaan?

Adakah sistem persekolahan sekadar satu proses untuk memiliki kelayakan akademi yang menjadi faktor pengajian lanjut atau memohon pekerjaan bagi menjana kehidupan?

Atau adakah sistem persekolahan, selain menawarkan kayu ukur pencapaian, menanam benih cintakan pengetahuan sehingga mendorong mereka terus belajar bagi membaharui, menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan, sejajar dengan fungsi akal yang diberi khusus kepada makhluk bernama manusia, dengan implikasi terhadap tamadun?

Dengan kata lain, sistem yang membentuk pelajar cinta dan dahagakan ilmu di luar sistem persekolahan dan pencapaian akademi, terus menimba ilmu dan kemahiran supaya minda terus berfungsi, sekali gus menjadi manusia yang berkembang dengan perubahan semasa dan relevan sepanjang masa.

Inilah antara yang mungkin mahu dicapai dalam peta perjalanan ke arah Singapura yang lebih saksama dan berkembang maju yang dikemukakan kepimpinan generasi keempat (4G).

Peta perjalanan Melakar Hala Tuju Singapura yang dilancarkan pada Oktober menggariskan satu unsur penting: Anjakan Minda.

Timba ilmu melangkaui kecemerlangan akademik adalah satu daripada tujuh anjakan utama yang dikemukakan dalam pembentukan dasar negara.

Enam yang lain ialah menghormati dan memberi ganjaran bagi setiap pekerjaan; menyokong keluarga pada setiap tahap kehidupan; membantu warga emas menua dengan sejahtera; memperkasa mereka yang memerlukan; melabur dalam masa hadapan yang mampan; dan memainkan peranan kita sebagai satu rakyat yang bersatu.

Kita akui bahawa sistem pendidikan adalah antara tunjang yang mendasari perkembangan Singapura, di samping beberapa faktor lain, yang mengubah kedudukan Singapura daripada negara dunia ketiga kepada dunia pertama dalam masa sesingkat 50 tahun.

Namun, dalam mengejar kecemerlangan akademik, secara langsung atau tidak berlaku tekanan –bimbang akan markah atau gred peperiksaan, tekanan untuk mendapatkan tempat di sekolah yang ‘betul’, kelayakan akademi dilihat sebagai kunci kejayaan masa depan, status sosial dan kebahagiaan.

Tanpa menafikan ia penting, dalam melangkah ke hadapan, adalah penting mengingatkan bahawa pendidikan lebih daripada pencapaian akademi.

Pencapaian akademi semata-mata tidak menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.

Terdapat banyak kes yang memperlihatkan bagaimana orang yang berpendidikan dan berkedudukan dengan latar belakang pencapaian akademi, menyalah guna kuasa memperkaya diri dengan cara yang tidak wajar seperti menipu, tiada sikap empati.

Pendidikan sepatutnya menyediakan landasan dan proses membangunkan kemahiran hidup, kualiti perhubungan, pembentukan akhlak, pemupukan nilai dan menjadi manusia yang berhemah dan menghargai ilmu.

Sistem persekolahan tidak harus membuat pelajar terbentuk sikap ‘cukup sampai di sini’ dan tutup buku selepas habis periksa dan tamat persekolahan, sebaliknya terpupuk sikap untuk terus belajar, membaharui dan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, sama ada untuk kelangsungan hidup mahu pun sebagai menghargai kurniaan akal.

Mentelah, dunia terus berubah dengan kemajuan sains dan teknologi mempercepat rentak perubahan. Ilmu pengetahuan yang ditimba sepanjang sistem persekolahan adalah asas dan tidak cukup sebagai jaminan untuk kekal relevan.

Hakikatnya, dari sudut kehidupan dan ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan semakin rencam, baik yang berdasarkan pencapaian akademi mahupun yang berteraskan kemahiran baru.

Beberapa pemilik syarikat teknologi unggul di dunia dimulai dan dimiliki orang yang bukan asalnya cemerlang dalam bidang akademi.

Baru-baru ini misalnya terdapat laporan tentang dua cef asal Singapura – Cef Reif Othman, 46 tahun dan Cef Akmal Anuar, 40 tahun – yang bukan sahaja memiliki malah mengembangkan perniagaan dan mengukir nama di Dubai, berteraskan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia pemakanan dan masakan.

Pemerintah telah sudah bergerak ke arah bidang yang menuntut pengetahuan dan kemahiran baru, daripada pelaburan dalam pendidikan sejak di peringkat prasekolah, dalam sistem persekolahan, dan malah terus merangsang dengan skim seperti SkillsFuture, memberi elaun latihan bagi pekerja matang untuk mengikuti latihan meningkatkan kemahiran.

Anjakan minda untuk melihat iltizam menimba ilmu melangkaui kecemerlangan akademik akan membantu memastikan warga Singapura mendakap konsep pembelajaran sepanjang hayat, bukan gred semata-mata, untuk mengembangkan potensi dan memenuhi cita-cita.

Malah, lebih daripada setakat memenuhi kelangsungan hidup, dengan pendudukan semakin menua, kecenderungan untuk terus menimba pengetahuan dan mempelajari yang baru akan mengaktifkan minda dan tubuh badan, sekali gus mengurangkan kemungkinan di landa demensia dan kesepian di kala tua.

Hatta bagi golongan pesara dan warga emas, banyak lagi bidang ilmu dan pengetahuan yang boleh diteroka, yang belum dapat diperolehi semasa masih bekerja lantaran kekurangan masa.

Masa yang ada selepas bersara tidak harus dihabiskan di depan kaca televisyen atau banyak bersembang, sebaliknya dimanfaatkan dengan kegiatan yang membawa manfaat seperti membaca.

Bagi pesara Muslim khususnya, banyak yang boleh dilakukan. Antaranya, mengisi masa dengan membaca pelbagai bahan dan/atau mengikuti pelbagai kursus dan kelas pengajian yang membantu meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penghayatan agama.

Ini akan menjadikan hidup terus bermakna, di samping meraih ganjaran yang dijanjikan di seberang kematian.

Maka itu, sikap dan keinginan belajar dan terus belajar selagi hayat dikandung badan, harus didakap sepenuhnya... sehingga kematian menjadi titik noktahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >