GOLONGAN majoriti besar di negara-negara Islam kian bimbang terhadap militan Islam dan menentang kumpulan yang paling terkenal, seperti pergerakan Al-Qaeda global, Boko Haram Nigeria dan Hamas, menurut satu kajian baru.
Sokongan terhadap taktik ganas seperti pengeboman berani mati telah lenyap di kebanyakan negara sepanjang dekad yang lalu, walaupun beberapa negeri masih mempunyai kelompok minoriti yang ketara menyetujuinya, kata kajian oleh Pusat Penyelidikan Pew yang berpangkalan di Washington.