HUBUNGAN Amerika Syarikat-China kian tegang, bukan hanya berkaitan dengan wilayah Hongkong dan layanan etnik minoriti Uighur di China, bahkan yang terkini membabitkan kawasan Laut China Selatan.
Perkembangan terbaru itu menyusuli kenyataan Amerika 13 Julai lalu yang secara rasmi menolak tuntutan China ke atas kawasan perairan itu sambil menyifatkannya sebagai "menyalahi undang-undang".