DARIPADA sudut agama, sifat membelanjakan harta mengikut kemampuan merupakan pengabdian pada hakikat serta objektif penciptaan diri sebagai insan seperti yang difirmankan Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 155:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan pada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."