MENURUT kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 'siber' bermaksud sesuatu yang berhubungan dengan komputer dan Internet.
Istilah dunia siber mula diperkenalkan oleh seorang penulis sains fiksyen, William Gibson, pada tahun 1984. Melalui karya fiksyennya yang bertajuk Neuromancer, beliau menggambarkan alam siber sebagai satu istilah tekno yang berperanan sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatik.