Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Pekerja pembersihan wajar naik gaji

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH untuk meningkatkan tangga gaji asas pekerja pembersihan secara progresif merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan pekerja tersebut dalam memastikan Singapura bersih dan selamat.



Bahkan risiko yang mereka hadapi semasa menjalankan tugas, terutama semasa pandemik Covid-19 ini, mewajarkan mereka menikmati gaji lebih tinggi.



Tugas mereka jelas terbukti berisiko selepas beberapa pekerja hadapan ini menjadi mangsa koronavirus, misalnya semasa melakukan kerja pembersihan di Lapangan Terbang Changi dan beberapa tempat lain.



Kekurangan pekerja migran ekoran pandemik juga memaksa majikan menggajikan pekerja setempat mengisi kekosongan yang ditinggalkan.



Justeru cadangan jadual enam tahun untuk menaikkan lagi gaji pekerja golongan ini di bawah Model Gaji Progresif (PWM) baru-baru ini tiba tepat pada masanya.



Dalam semakan terbaru itu, gaji minimum bagi pekerja pembersihan peringkat terbawah akan dinaikkan dari $1,312 pada 2022 kepada $1,570 pada 2023 - kenaikan hampir 20 peratus.



Gaji minimum bagi pekerja yang sama itu akan mencapai $2,420 menjelang 2028, menurut laporan The Straits Times.



Saranan terbaru tiga pihak itu - wakil pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan - bertujuan merapatkan jurang pendapatan antara pekerja pembersihan dengan pekerja lain.



Ini sekali gus membolehkan 40,000 pekerja pembersihan warga Singapura dan penduduk tetap (PR) di 1,500 syarikat menikmati kenaikan gaji setiap tahun selama enam tahun mulai 2023.



Pemerintah sudah pun menerima saranan tersebut.



Sebelum ini mereka dijadual menikmati kenaikan gaji 3 peratus di bawah PWM 2016 dan 2018 mulai tahun lalu hingga tahun depan.



Sekitar 85,000 pekerja dalam sektor pembersihan, keselamatan dan penyenggaraan landskap berada di bawah PWM pada Mac tahun ini.



Pegawai keselamatan dan pekerja penyenggaraan landskap boleh mengharapkan kenaikan gaji yang sama apabila rakan tiga pihak itu menyelesaikan rundingan mereka bagi dua industri ini dalam beberapa bulan mendatang.



PWM juga wajib bagi sektor penyenggaraan lif tahun depan - langkah yang diumumkan pada 2018.



SUMBANGAN DIHARGAI



Pekerja pembersihan menjalankan kerja murni - mereka membersihkan, mencantikkan dan memastikan sekitaran kita selamat.



Walaupun tampak mudah, kerja mereka sebenarnya ada risiko.



Bahkan sumber tenaga mereka berharga, justeru sumbangan mereka menjadikan pulau ini bersih lagi menghijau harus dihargai.



Bagi firma pembersihan, yang menghadapi beban kos lebih tinggi ekoran kenaikan tersebut, tempoh dua tahun sebelum 2023 memberi mereka lebih banyak masa untuk merancang dan menyesuaikan tawaran khidmat mereka supaya mereka lebih kompetitif.



Bagaimanapun untuk memastikan kenaikan gaji ini lebih bermakna dalam struktur kerjaya mereka, pekerja pembersihan juga perlu akur tentang pentingnya meningkatkan daya penghasilan dengan meningkatkan kemahiran diri.



Lebih-lebih lagi teknologi digital sekarang telah membawa perubahan pesat dalam khidmat sektor sekitaran, sama seperti sektor lain.



Maka itu pekerja pembersihan harus mempunyai sikap terbuka dalam menyesuaikan diri dalam landskap berubah ini dan bersedia mendakap transformasi kerja yang menggunakan proses dan kaedah baru pembersihan.



Usaha ini diharap dapat membantu mereka kekal dalam pasaran pekerjaan, sekali gus memastikan mereka tidak 'tercicir' dalam ekonomi.



Justeru langkah terbaru meningkatkan tangga gaji asas pekerja pembersihan itu turut disertai dengan satu siri sesi peningkatkan diri di bawah Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ).



Pekerja digalak dan wajib menyertainya supaya mereka dapat melakukan tugas dengan lebih baik, selamat, profesional dan berkesan.



TRANSFORMASI PEKERJAAN



Rata-rata profil pekerja pembersihan merangkumi mereka yang sudah berumur.



Warga muda tidak tertarik dengan pekerjaan tersebut kerana bukan sahaja gajinya rendah malah tugasnya tidak 'glamour'.



Namun dengan adanya gaji lebih tinggi ini dan skop pekerjaan lebih profesional, tanggapan terhadap sektor tersebut mungkin boleh berubah.



Apakah kenaikan tersebut dapat menarik lebih ramai pekerja muda menyertai sektor itu?



Dan jika ekonomi 'gig' dapat menarik warga muda, apakah pekerjaan pembersihan dengan tangga kerjaya lebih teratur dapat melakukan perkara yang sama?



Persoalan ini sememangnya sudah lama menjadi topik perbincangan tetapi sukar untuk meramalkan minat anak muda hari ini.



Oleh itu mungkin sudah tiba masanya untuk kita luaskan minda dan merubah persepsi terhadap pekerjaan pembersihan.



Syarikat yang menyediakan khidmat tersebut boleh memainkan peranan - tawar gaji kompetitif dan jadikan perkhidmatan tersebut lebih profesional.



Transformasi dan inovasi, misalnya menggunakan robot, mungkin kunci ke arah visi tersebut.



UBAH MINDA



Bagi kita yang menikmati khidmat disediakan pekerja tersebut, kita juga mempunyai peranan.



Tunjukkan penghargaan kepada mereka yang telah melaksanakan pekerjaan asas tetapi penting itu agar mereka berasa diperlukan dan dihargai.



Mereka juga anggota penting masyarakat, dan taraf kehidupan mereka juga perlu dipertingkatkan.



Jurang pendapatan lebih rapat antara pekerja tersebut dengan yang lain akan mendorong membangunkan sebuah masyarakat lebih saksama.



Namun sama ada gaji lebih wajar bagi pekerja pembersihan itu dapat dikekalkan di masa depan merupakan satu cabaran.



Justeru ia harus kerap disemak memandangkan struktur gaji, daya penghasilan dan industri tidak statik.



Kesimpulannya kita harus ubah minda tentang pekerjaan tersebut dan bersedia memberi gaji sewajarnya seiring tugas yang dilaksanakannya.




PERLU BERSIFAT TERBUKA KEPADA TEKNOLOGI DIGITAL



Lebih-lebih lagi teknologi digital sekarang telah membawa perubahan pesat dalam khidmat sektor sekitaran, sama seperti sektor lain.

Maka itu pekerja pembersihan harus mempunyai sikap terbuka dalam menyesuaikan diri dalam landskap berubah ini dan bersedia mendakap transformasi kerja yang menggunakan proses dan kaedah baru pembersihan.

Usaha ini diharap dapat membantu mereka kekal dalam pasaran pekerjaan, sekali gus memastikan mereka tidak 'tercicir' dalam ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >