LEBIH 100 pelabur telah membuat aduan polis di Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Isnin lalu setelah sebuah syarikat pelaburan setempat gagal membayar pulangan bulanan seperti yang dijanjikan.
Mereka telah melabur dalam skim beli balik emas bersama Suisse International, namun mendakwa telah berhenti menerima pulangan bulanan, dengan ada mendakwa tidak menerimanya sejak September tahun lalu.