Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Penjelasan mengenai angin ahmar ringan dan rawatan yang diperlukan

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



Serangan angin ahmar ringan atau serangan iskemia transien (TIA), yang walaupun pesakitnya sembuh dengan sendirinya, mereka sebenarnya masih memerlukan rawatan segera. Gejala TIA sama seperti angin ahmar seperti wajah yang bengot, tangan menjadi lemah dan tidak bermaya serta kesukaran bercakap. Diserang angin ahmar disebabkan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan merokok. Ikuti laporan BERITA HARIAN.




BERIKUT soal jawab bersama Ketua dan Perunding Kanan, Jabatan Neurologi, Institut Neurosains Nasional (Kampus Hospital Besar Singapura), Profesor Madya Deidre Anne De Silva.



1. Bagaimanakah rawatan awal angin ahmar untuk membantu meningkatkan kesembuhan pesakit?



Penyebab angin ahmar yang paling biasa (iskemik) berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu.



Sel-sel otak sedang dalam proses kerosakan dengan kehilangan semakin banyak sel otak dengan setiap minit yang berlalu, dan kehilangan fungsinya.



Jika aliran darah diwujudkan semula dengan rawatan, pesakit boleh diselamatkan daripada kematian (sel-selnya).



Dengan menyelamatkan sel-sel otak ini, kesan pada pesakit strok dapat dikurangkan dalam jangka masa panjang.



2. Apakah angin ahmar kecil (mini stroke) dan adakah rawatan diperlukan?



Serangan iskemia transien (TIA) atau lebih dikenali sebagai angin ahmar mini, berbeza daripada angin ahmar penuh kerana aliran darah ke otak terhalang buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, gejalanya serupa dengan angin ahmar, yang sembuh sepenuhnya apabila aliran darah sempat diwujudkan semula sebelum kerosakan kekal berlaku.



Seseorang individu yang mengalami TIA berisiko tinggi untuk diserang angin ahmar tidak lama kemudian.



Oleh itu, walaupun gejala bertambah baik atau hilang sepenuhnya, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pesakit akan dinilai untuk mengesan punca angin ahmar dan memakan ubat untuk mengurangkan risiko angin ahmar berikutnya.



3. Mengapakah mengesan tanda-tanda angin ahmar lebih awal boleh menjadi usaha bersama secara komuniti dan apakah tanda-tanda yang perlu diberi perhatian?



Angin ahmar boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.



Jadi, semua orang harus tahu tanda-tanda angin ahmar dan menghubungi 995 untuk memanggil ambulans jika mereka melihat seseorang mengalami sebarang tanda angin ahmar.



Ia mungkin berlaku kepada ahli keluarga di rumah, kepada rakan sekerja di tempat kerja atau orang yang tidak dikenali apabila anda berada di luar rumah.



Anda boleh membuat perubahan sedemikian jika anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila anda melihat seseorang yang mengalami tanda angin ahmar. Tindakan segera anda untuk menghubungi ambulans akan membantu orang itu mempunyai peluang lebih baik untuk pulih dengan baik.



4. Apakah beberapa trend strok dalam kalangan penduduk Melayu?



Data yang diterbitkan baru-baru ini daripada Laporan Tahunan Pendaftaran Strok Singapura 2019 menunjukkan bahawa walaupun pembahagian etnik pesakit angin ahmar adalah serupa dengan pembahagian etnik penduduk secara umum, kadar kejadian piawaian umur (ASIR) bagi angin ahmar secara konsisten lebih tinggi di kalangan masyarakat Melayu sepanjang tahun dari 2010 hingga 2019.



ASIR bagi masyarakat Melayu ialah 262.9 bagi setiap 100,000 berbanding masyarakat Cina (149.6 bagi setiap 100,000) dan India (182.8 bagi setiap 100,000) penduduk pada 2019.



Di samping itu, kadar kematian bagi angin ahmar adalah lebih tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu 23.8 bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding 11.2 bagi orang Cina dan 11.1 bagi setiap 100,000 bagi penduduk India pada 2019.



Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan (NPHS) 2019, masyarakat Melayu dilaporkan mempunyai perlakuan harian tertinggi dalam "kelaziman merokok" (23 peratus) berbanding Cina (8.6 peratus) dan India (10.9 peratus).



NPHS 2019 juga melaporkan bahawa masyarakat Melayu (30 peratus) berada di tahap penyertaan lebih rendah dalam senaman kerap (ditakrifkan sebagai penyertaan dalam sebarang bentuk sukan atau senaman selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali, selama tiga atau lebih hari seminggu) berbanding masyarakat Cina (34.7 peratus) dan India (45.2 peratus).



Merokok dan kurang bersenam adalah faktor risiko angin ahmar yang diketahui.



5. Bagaimana SSI, SNSA dan S3 bekerjasama untuk menggalakkan kesedaran tentang angin ahmar?



Menyebarkan mesej kesedaran angin ahmar adalah satu usaha berpasukan. Pasukan Peningkatan Perkhidmatan Strok (SSI) di bawah Kementerian Kesihatan menyelaras kempen awam.



Persatuan Strok Nasional Singapura (SNSA), sebuah kumpulan sokongan untuk mangsa angin ahmar dan penjaga mereka, mengadakan acara tahunan 'Melangkah Keluar Untuk Strok' (Stepping Out For Stroke) pada Oktober bagi meningkatkan kesedaran tentang angin ahmar.



Stesen Sokongan Strok atau Stroke Support Station (S3) ialah pertubuhan amal yang menyokong pemulihan mangsa angin ahmar dan kempennya tahun ini akan tertumpu kepada penjagaan pesakit dan keluarga mereka untuk menyokong pemulihan mangsa angin ahmar.




"Menyebarkan mesej kesedaran angin ahmar adalah satu usaha berpasukan. Pasukan Peningkatan Perkhidmatan Strok (SSI) di bawah Kementerian Kesihatan menyelaras kempen awam. Persatuan Strok Nasional Singapura (SNSA), sebuah kumpulan sokongan untuk mangsa angin ahmar dan penjaga mereka, mengadakan acara tahunan 'Melangkah Keluar Untuk Strok' (Stepping Out For Stroke ) pada Oktober untuk meningkatkan kesedaran mengenai angin ahmar."



- Profesor Madya Deidre Anne De Silva.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >