MASYARAKAT Islam di seluruh dunia sedang menjalani transformasi sosial dan memberi respons terhadap isu-isu seperti penyertaan politik, sekularisme, ekstremisme dan hak asasi manusia dalam pelbagai cara.
Bagaimana masyarakat Islam memberi respons kepada isu-isu itu bergantung pada bagaimana mereka menjawab soalan-soalan seperti apakah cara terbaik mentadbir masyarakat dan sejauh mana hukum yang dirumuskan oleh fuqaha Islam klasik membentuk masyarakat.