Permudah anak bantu bayar premium MediShield Sepanjang Hayat ibu bapa

KESEDIAAN pemerintah menerima saranan Jawatankuasa Semakan MediShield Sepanjang Hayat agar ia menampung sebahagian besar kos menyertakan warga berpenyakit dan yang tiada insurans ke dalam skim perlindungan kesihatan nasional itu sudah tentu memberi kelegaan kepada golongan tersebut. Persetujuan menerima saranan meniadakan had tuntutan sepanjang hayat, meninggikan had tuntutan harian dan rawatan pesakit luar serta mengurangkan pembayaran bersama pula dialu-alukan kerana akan meringankan beban warga yang perlu menanggung bil hospital tinggi.

Namun masih ada beberapa keprihatinan dan persoalan warga yang perlu dijawab. Pertama, tentang perkongsian kos. Diharapkan kadar yang perlu ditanggung warga, terutama yang tidak mempunyai insurans, dapat dimampui mereka. Turut menjadi persoalan ialah hal golongan tua berumur 50 hingga 64 tahun yang tidak bekerja dan tidak mempunyai CPF atau Medisave, terutama wanita. Tidak seperti warga perintis, mereka tidak akan menikmati Pakej Generasi Perintis, sekalipun ada disediakan bantuan lain. Oleh itu, membayar premium MediShield Sepanjang Hayat boleh menjadi satu cabaran buat mereka. Malah, mungkin ada warga lebih muda berpendapatan rendah turut menghadapi masalah ini.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 63
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.