PELBAGAI langkah dan inisiatif yang dibentangkan dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi ehwal masyarakat Islam baru-baru ini sememangnya meluas dari segi skop dan skala.
Merangkumi hampir segenap lapisan masyarakat, langkah yang diperkenal bukan hanya berupaya mengatasi cabaran jangka pendek, malah menyediakan landasan yang kukuh bagi menangani cabaran dan merebut peluang di masa depan.