ALOR STAR (Kedah): Ramai keluarga Melayu di Sungai Limau Dalam, dekat Alor Star, Kedah, kini menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Cina bagi membolehkan mereka menguasai pelbagai bahasa, lapor sebuah akhbar harian bahasa Inggeris di Malaysia, semalam.
Encik Rosmizan Abu Hassan, 45 tahun, dari Kampung Kabu 10, misalnya dipetik oleh laporan akhbar The Star semalam sebagai berkata bahawa beliau menghantar anak perempuannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Min di Sungai Limau Dalam untuk membolehkan anaknya itu menguasai bahasa Mandarin.