Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Ringankan beban kewangan, kurangkan tekanan penjaga

Mar 06, 2022 | 05:30 AM



KEBELAKANGAN ini, banyak tumpuan yang diberikan mengenai tekanan yang dihadapi sesetengah anggota keluarga atau penjaga golongan berkeperluan khas.



Ini menyusuli kes seorang bapa yang dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan membunuh dua anak kembarnya. Kes tersebut, yang dikatakan melibatkan dua anak berkeperluan khas, telah menggamit jiwa ramai warga di sini.



Menjaga anak berkeperluan khas sememangnya mencabar.



Saya sendiri mempunyai anak yang mempunyai austisme. Dia berusia 11 tahun dan kini bersekolah di Pathlight School - sebuah sekolah pendidikan khas yang mengikuti sukatan pelajaran sekolah aliran utama.



Selain kelemahan berkomunikasi - yang boleh saya samakan dengan kanak-kanak lima atau enam tahun - anak saya itu juga mempunyai ciri-ciri lain anak autisme seperti kesukaran mengawal emosi dek cabaran berkomunikasi dan perlunya mengikuti rutin, antara lain.



Ini menyebabkan pelbagai ketidaktentuan dalam kehidupan sehari-hari, selain kebimbangan yang timbul dari masa ke masa, mengenai masa depannya apabila ibu dan ayahnya sudah tiada kelak.



Ketidaktentuan sedemikian, secara semula jadi, boleh menyebabkan kerisauan mendalam yang mengganggu kestabilan emosi penjaga mereka.



Ini ditambah pula dengan cabaran sehari-hari menjaga mereka. Tanya saja keluarga yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas - tiada satu hari pun di mana kehidupan kita 'normal'.



Namun, sebenarnya terdapat tempat bagi ibu bapa dan penjaga yang menghadapi kesukaran mendapatkan bantuan.



Akhbar ini baru-baru ini melaporkan bagaimana terdapat pelbagai sokongan yang disediakan meliputi bantuan kewangan, penjagaan dan perubatan oleh Caring.sg, sebuah pertubuhan tidak mencari untung di bawah naungan SGEnable.



Sejak ditubuhkan pada November 2020, lebih 1,500 ibu bapa dan penjaga anak dan golongan berkeperluan khas telah mendaftar dengan pertubuhan tersebut, meskipun Caring.sg akur lebih banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran, khususnya kepada para penjaga mengenai sokongan yang tersedia.



Selain sokongan emosi dan penjagaan, mungkin yang bersangkut paut ialah beban kewangan yang dipikul keluarga yang menjaga golongan berkeperluan khas ini.



Semasa saya mendapatkan bantuan terapi untuk anak saya sekitar sedekad lalu, pilihan bagi pusat yang menerima subsidi pemerintah amat terhad dan waktu menunggunya pula amatlah panjang.



Justeru, saya dan isteri mengambil keputusan menghantarnya ke pusat intervensi awal privet yang yurannya menelan belanja ribuan dolar sebulan.



Ketika itu, secara terus terang, ia menyebabkan tekanan kewangan ke atas kami sekeluarga.



Namun, kami bersyukur, kami mempunyai kemampuan dan boleh bertahan sekitar hampir dua tahun sebelum mendapat tempat dalam pusat yang layak menerima subsidi pemerintah.



Dalam satu sesi kumpulan sokongan yang kami hadiri di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) ketika itu, saya melihat seorang bapa yang begitu sedih berkongsi yang beliau hanya mampu menghantar anaknya, yang sebaya dengan anak saya ketika itu, untuk sesi terapi sekali sebulan dek masalah kemampuan.



Bagaimanapun, sejak itu, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam tempoh kurang sedekad.



Prasarana dan infrastruktur sokongan bagi golongan keperluan khas sudah menjalani banyak peningkatan menakjubkan.



Subsidi yang disediakan juga lebih meluas.



Sebagai contoh, semasa anak saya memasuki darjah 1 di Pathlight, yuran sekolah ialah sekitar $500 sebulan.



Hari ini, setelah lima tahun persekolahan, yurannya sudah diturunkan kepada $250 - hasil subsidi pemerintah.



Meskipun demikian, ini jauh lebih tinggi daripada yuran yang dibayar kanak-kanak di sekolah aliran utama.



Hal ini ditimbulkan seorang pembaca yang menulis kepada akhbar The Straits Times.



Beliau berkata anaknya kini membayar yuran $250 sebulan di sekolah pendidikan khas, sedangkan kanak-kanak di sekolah aliran utama membayar maksimum $13 sebulan.



Bagi layak mendapatkan bantuan kewangan, kanak-kanak di sekolah pendidikan khas mesti memenuhi kriteria termasuk pendapatan kasar isi rumah sejumlah $2,750 atau kurang, atau pendapatan per kapita bulanan sebanyak $690 atau kurang.



Terdapat keluarga, terutama mereka yang berpendapatan pertengahan khususnya, yang tidak memenuhi kriteria ini.



Seperti yang saya katakan tadi, membesarkan anak berkeperluan khas meletakkan tekanan mental, emosi dan kewangan kepada keluarga, dengan sebahagian mereka mendapatinya lebih sukar untuk menangani keadaan sedemikian berbanding yang lain.



Di samping itu, bagi ramai ibu bapa kepada anak-anak berkeperluan khas, mereka mengorbankan kerjaya mereka agar dapat mempunyai lebih masa menjaga anak mereka itu.



Malah, ramai golongan ibu yang meninggalkan kerjaya mereka sama sekali.



Melebihi pendidikan asas, anak-anak berkeperluan khas juga perlu menjalani program intervensi dan terapi, yang menelan belanja yang tinggi.



Di samping itu, program dan aktiviti pengayaan khusus bagi kanak-kanak berkeperluan khas juga lazimnya mengenakan bayaran lebih tinggi.



Mungkin antara langkah untuk membantu ibu bapa dan penjaga golongan berkeperluan khas ialah dengan meneliti bagaimana tuntutan kewangan mereka bagi keperluan asas seperti yuran persekolahan boleh dikurangkan.




" PANDANGAN Dalam satu sesi kumpulan sokongan yang kami hadiri di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), ketika itu saya melihat seorang bapa yang begitu sedih berkongsi yang beliau hanya mampu menghantar anaknya, yang sebaya dengan anak saya ketika itu, untuk sesi terapi sekali sebulan dek masalah kemampuan. Bagaimanapun, sejak itu, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam tempoh kurang sedekad. Prasarana dan infrastruktur sokongan bagi golongan keperluan khas sudah menjalani banyak peningkatan menakjubkan. Subsidi yang disediakan juga lebih meluas.
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >