SEJAK memanfaatkan sistem pengesanan suspek yang bersepadu, Singapura telah berjaya mengenal pasti orang yang dikehendaki pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah atau mereka yang dilarang memasuki negara ini.
Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menambah bahawa sistem itu juga telah membantu pihak berkuasa mengenal pasti individu yang memiliki senarai laman kumpulan militan.