Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Syukur anak kembali nikmati 'jalan-jalan Raya'

May 01, 2023 | 05:30 AM



BEBERAPA minggu lalu, saya dan keluarga berjalan-jalan ke Pusat beli-belah Queensway untuk membeli kasut 'Raya' bagi kededua anak kami.



Kami sebenarnya ingin ke tempat lain, tetapi deretan kenderaan yang beratur untuk memasuki pusat beli-belah lebih moden itu membuat kami 'patah hati' dan hati saya tergerak untuk singgah ke Queensway.



Masuk saja ke sana - melalui anak tangga 'spiral' dari besmen - dan hidung saya ditusuk aroma getah kasut bercampur makanan dan bau lembap yang saya ingati dari zaman kanak-kanak pada satu masa dahulu.



Tempat itu telah berubah sedikit sahaja, daripada imej yang terpahat di minda saya pada satu masa dahulu.



Kini, gerai aiskrim telah diganti dengan kedai teh buih yang lebih baru. Francais Katong Laksa yang popular pula telah menambah kepada aroma yang dibentuk kuih tutu, jagung dalam cawan dan kacang rebus dari tingkat dua.



Bilangan permainan 'bergerak' kanak-kanak - yang memerlukan anda memasukking duit syiling 20 sen bagi nikmat dua minit - juga telah berkurangan. Satu pusingan permainan kini berharga $1-$2 dolar.



Namun, atmosfera di sana tetap serupa. Masih ada pegerai yang menjual seluar dungaree Lumberjacks dan Lee pelbagai warna dan stail. Masih ada penjual kasut dan terompah yang mempelawa anda memasuki kedai kecil yang disusun dari lantai ke dinding dengan beraneka kasut.



Kedai menjual 'kasut bola' dan peralatan juga masih ada, bilangannya berkurangan, tetapi masih ada.



Dengan sendirinya, suasana itu bukan sahaja menyemarak nostalgia Raya di benak saya, malah mencetus minda saya untuk membandingkan pengalaman saya dengan anak-anak saya.



Mereka lahir selepas 2015. Pada ketika itu, membeli barangan di pusat beli-belah kian kurang dilakukan, dengan pelanggan beredar ke gedung maya di dalam talian. Malah perbuatan ini bak hampir dilupakan semasa pandemik.



Anak saya, yang berusia lima tahun pada Disember nanti, kini mengaitkan beli-belah dengan Shoppee dan Lazada; dan bukan pusat beli-belah.



Perkara itu tidak tErlalu mencetus keprihatinan dalam diri saya dan isteri. Ada nilai membeli-belah secara fizikal, tetapi ada manfaat besar juga apabila kita berbuat demikian di dalam talian, termasuk diskaun yang lebih besar jika anda mesra teknologi dan bijak menjadual waktu untuk membeli-belah supaya selaras dengan waktu baucar elektronik di berikan dan sebagainya.



Kami lebih prihatin dengan cara anak-anak kami menyambut Hari Raya. Pengalaman mereka amat berbeza dengan pengalaman yang kita amat hargai, termasuk bercampur-gaul dan bermesra dengan sanak-saudara.



Sejak beberapa tahun lalu, interaksi mereka dengan ahli keluarga besar amat terhad dan saya berharap ia tidak akan menjadi satu kebiasaan.



Panggilan video dan mengikuti perkembangan keluarga semasa menerusi media sosial ada peranannya dan banyak membantu mengekalkan silaturahim semasa tempoh sekatan Covid-19 berkuatkuasa, tetapi ia tidak boleh menggantikan kegiatan kunjung-kunjungan yang 'tergantung' semasa pandemik.



Mungkin, sebab itulah, saya berasa sedikit lega, apabila membaca berita di akhbar ini baru-baru ini, bahawa sebuah syarikat yang menyediakan khidmat sewa kereta terpaksa membatalkan beberapa tempahan semasa musim perayaan ini kerana tidak mampu memenuhi permintaan.



Bagi saya, episod itu mengecewakan, terutama bagi penyewa yang putih mata.



Namun ia juga menunjukkan semangat berkunjungan masih 'hidup' dalam kalangan masyarakat Melayu / Muslim setempat.



Saya harap, seperti diri saya sendiri, anak-anak, apabila dewasa nanti akan menjiwai peri penting berkunjungan pada Lebaran ini.



Selamat Hari Raya.




"Kami lebih prihatin dengan cara anak-anak kami menyambut Hari Raya.
... sejak beberapa tahun lalu, interaksi mereka dengan ahli keluarga besar amat terhad dan saya berharap ia tidak akan menjadi satu kebiasaan.
Panggilan video dan mengikuti perkembangan keluarga semasa menerusi media sosial ada peranannya dan banyak membantu mengekalkan silaturahim semasa tempoh sekatan Covid-19 berkuatkuasa, tetapi ia tidak boleh menggantikan kegiatan kunjung-kunjungan yang 'tergantung' semasa pandemik."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >