Ada yang suka berfalsafah yang tidak suka menyampah ada yang gemar menyindir yang terasa darah mendidih ada yang sering menasihat yang buta hati tidak melihat ada yang selalu bermadah yang sedih tiada yang endah ada yang sentiasa bersyarah yang disasar berasa marah ada yang kerap berkhutbah yang ungkal enggan berubah ada yang asyik berceramah yang arif mengumpul hikmah.
SHASEL, 5 JUL 2018


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg