Aib Yang tidak ingin dan tidak patut ditelanjangkan. Kekurangan yang menjadi rahsia peribadi harus dijaga rapi. Apalagi andai yang empunya diri telah pergi menghadap Ilahi, Membicara aib orang itu mengumpat. Jangan sesekali didekat seorang pengumpat, takut nanti kita subahat! Sering kali menebar jaring prasangka, merosak ukhuwah antara kita Hari ini aib orang ditayangkan pada semua. Hari esok mungkin aib kita yang dijaja. Di dunia, aib orang disebar. Di akhirat, aibnya tersebar.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg