Aku ingin menterjemah sebuah cinta yang tidak lagi membara di tengah-tengah ketaksuban yang tergeliat.
Aku bukannya pendusta ingin memadamkan setia ketika membisik tadi malam yang duka: "Kasih boleh menjadi api mencetus dendam dan keangkuhan asal hangatnya cinta kemuncaknya menyatu mesra dalam ruang cahaya akhirnya mengeruhkan sungai suasana apabila hilang mengucapkan kata maka hilanglah sekata apabila hilang nyanyian irama maka hilanglah seni kata."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg