Kaku.. aku terbius bisu rona-rona kehidupan ini begitu terasing pudar kian warna panji tenat nian sumpah janji dan di sini aku masih bersandar di tiang-tiang iktibar melihat cakaran alam merenggut nafas kehidupan Lesu.. kau semakin lesu leka didodoi nafsu tangan-tangan halus menyihir lembut berahi menyulang haram bertanji dahaga serakah mendulang secangkir api dan kau masih juga tersenyum tak mengerti Di balik mihrab kasihMu aku mencari wangian kasturi buat menghijab aurat pendosa semoga yang tersungkur di ladang kufur dapat kembali ke bendang syukur kumerenung sebiji tamar kumelirik seutas tasbih dan sejadah itu kian lusuh dimamah waktu

ZAINOL ABI