Aku Pelangi Hitam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Aku Pelangi Hitam

Jan 11, 2016 | 5:30 AM

Aku Pelangi Hitam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

Mengapa kau datang Dan menconteng aku Dengan warna hitam Yang sepekat-pekatnya Bukan aku tak berwarna Aku pernah diconteng Aku juga pernah menconteng Aku pernah Dicalit dengan merah kemarahan Biru di kala keseorangan Kuning bila ada sinar gembira Hijau bila aku terpaksa tabah Pernah juga aku kelabu Yang kelam dan kusam Walau dicuba untuk dicampur Dengan warna yang lain Aku semakin comot Tetapi kau membawa hitam Satu warna yang tidak pernah Aku mahu atas kain putihku Kau terus calit dan mencalit Conteng di setiap sudut Menutupi warna-warna lain Hingga... Aku tidak kenal kain putihku Bukan salah kau Kerana kau hanya kenal hitam Aku yang salah Aku baring dan biarkan Kau calit dan mencalit Conteng di setiap sudut Aku tidak terbang ke langit Dan pergi Menjadi pelangi

WIRNA ASYURA HAMLI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg