Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aljunied Kebanggaanku

Jul 3, 2022 | 8:24 AM
e4b61bbb-2968-4951-92cb-f1a1ebfe0db4
-

Di sini kita bersua Di sini janji terpaut Dikau guru dan aku muridmu Kita mengukir sejarah bersama Memahat legasi sebuah institusi Pendidikan Islam yang disegani

Aljunied, dikau mencorak anak bangsa Menjadi individu berpendirian Sebagai murabbi berdedikasi Atau murid wa samatan wa taatan

Aljunied, dikau menyuntik keinsafan dalam jiwa kami Ilmu adalah nur 'ala nur Menerangi panji-panji kehidupan kami Tanpa ilmu kami hanya patung tak bernyawa Tanpa ilmu kami ibarat besi yang berkarat Di sini kami memahami erti kehidupan Di sini impian kami tercatat

Kini sembilan dekad lebih telah berlalu Buktinya, dikau madrasah mampu melahirkan Asatizah, pegawai masjid Bahkan mufti Inilah mereka ulama pewaris nabi Aku bangga menjadi sebahagian dari sejarah hidupmu Sebagai guru ataupun murid!

Terima kasih, Aljuniedku sayang!

(Dideklamasikan sempena Majlis Hari Raya OTAI MAA Pada 11 Jun 2022 di Madrasah Aljunied Al-Islamiah)

KHEFTIAH BTE MOORIN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg