Topik diikuti
Pergi ke BHku'Angin Barat' dalam Industri Persuratkhabaran Melayu
'Angin Barat' dalam Industri Persuratkhabaran Melayu
Beberapa penulis, pengarah suarakan kekhuatiran terhadap ledakan maklumat dan imej Barat
'Angin Barat' dalam Industri Persuratkhabaran Melayu
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 9, 2017 | 5:30 AM
DENGAN kadar kecelikhurufan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat Melayu selepas waktu perang, minat dalam bahan pembacaan seperti surat khabar dan majalah juga kian berkembang.
Akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu (1929-1970) dan majalah seperti Hiboran (1940-an hingga 1960-an) mempersembahkan peluang kepada para pembaca Melayu supaya sentiasa peka akan perkembangan-perkembangan di masyarakat tempatan dan di arena antarabangsa.
