INSIDEN pelakon terkenal Will Smith menampar pengacara dan pelawak Chris Rock di pentas dalam majlis anugerah Academy Oscar yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menggemparkan dunia berita.

Smith bertindak demikian kerana tidak dapat menerima jenaka Rock mengenai rambut pendek isterinya, Jada Pinkett Smith, yang mengalami 'alopecia', sejenis penyakit yang menyebabkan keguguran rambut.