Topic followed successfully
Go to BHkuApa Itu Ijazah?
Ia hanya selembar kertas yang kadangkala boleh membuat sesetengah orang menyangka bahawa dialah yang paling pintar sehingga gemar mendabik dada seolah lebih tahu segala-galanya maka orang lain yang kurang pandai semua dianggap keldai yang lebih utama bukan ijazah tapi hikmah dan sifat merendah
Seseorang yang tiada ijazah dan tidak pandai bermegah lazimnya lebih mudah dan mesra didekati kerana insan yang sedemikian selalunya sedar kekurangan diri lalu terhindar daripada meninggi diri namun, ini bukan pula bermakna bahawa ijazah tidak perlu dimiliki sedangkan kita sering dinasihati agar menuntut ilmu semampu diri


