tuhan di manakah serombongan doa yang dikirim buat meminang setangkai hati? doa yang dipinang cair dalam rembesan hujan lalu larut ke laut menjadi kapar... ah tuhan begitukah nasib doa yang dipinang? cair dalam rembesan hujan bersama laut iapun menjadi pintalan buih dikapar, dihanyut, dikapar lalu dihempas ke pantai buih-buih doa pun pecah .... doa dipinang diangkat menjadi kepingan cahaya buat para kekasih menyuluh harap! dan tuhan serombongan malaikat pun membawa doa dipinang yang kini menjadi kepingan cahaya sebagai hantaran buat kekasih-Mu.
SUMADI SARKAWI
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg