Ar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Ar

May 1, 2016 | 5:30 AM

Ar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
2d72846a-b0e1-4527-957d-a1ec7d4cb4ee
-

AR masih merenung. Namun gadis bertudung jingga itu langsung tidak mengendahkannya. Perhatian gadis itu tertumpu sepenuhnya pada sebuah cermin kecil yang terlekat di tepi dinding. Tudungnya sibuk dibetulkan dan diperbetulkan sedari tadi. Hatinya tidak puas. Ditariknya sedikit ke kiri. Keseimbangan itu penting. Rasanya sudah seimbang. Namun puncak tudung pula kurang tajam. Kedua-dua belah tangan pantas menarik melentur menara tudung agar senantiasa kelihatan kemas, rapi, anggun. Tiba-tiba, bahagian pipi kanan pula terasa terlebih tarik. Gebu pipi terlalu menyerlah; hilang imbangan roman sudut pandangan orang ketiga. Maka bermulalah lagi lingkaran yang maha dahsyat itu.

Dan Ar merenung terus. Matanya tertumpu pada gadis bertudung jingga itu. Sedari tadi - melihat; tidak terkebil. Dan gadis muda itu pun terus-terusan saja meneruskan pengubahsuaiannya. Sekilas pandang, seinci cuit. Akhirnya gadis bertudung jingga itu mula perasan. Perasan akan sepasang mata yang tekun memerhatikannya sedari tadi. Mula-mula dibiarkan saja. Lama-lama perasaan berubah menjadi risau. Risau menjadi bingit. Bingit menjadi marah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg