Atas kertas ada kalimah Dengan kalimah terselit maksud Dalam maksud ada niat Sebalik niat ada kehendak Didahului kehendak dengan angan-angan Angan-angan yang dibuai perasaan Perasaan yang muncul bila melihat Melihat dunia aneka ragam Ragam manusia begitu rencam Rencam hingga perlu dikecam Mengecam kerana terancam Seluruh dunia mahu digenggam Semua tunduk diam tergamam Abaikanlah muka-muka kusam Atas kertas ada kalimah Dengan kalimah terselit maksud Hanya ketenangan yang mereka damba Hidup dalam dunia yang taasub
KARIMAH SAMSUDIN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg