Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bincang pilihan raya kecil Kuala Terengganu dek kemenangan PAS pada PRU15 dibatal

Jul 14, 2023 | 2:13 PM
KEMENANGAN DIBATALKAN: Seorang penunggang  mendapat minyak yang diberi secara percuma oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) semasa pilihan raya umum ke-15 pada November 2022. Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada parti itu pada pilihan raya tersebut kerana berlaku rasuah.
KEMENANGAN DIBATALKAN: Seorang penunggang mendapat minyak yang diberi secara percuma oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) semasa pilihan raya umum ke-15 pada November 2022. Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada parti itu pada pilihan raya tersebut kerana berlaku rasuah. - The Straits Times

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 18 Julai untuk membincangkan tarikh penting berkaitan pilihan raya kecil (PRK) parlimen Kuala Terengganu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata ini selepas pihaknya menerima Laporan Hakim Pilihan Raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya parlimen Kuala Terengganu pada 19 November 2022.

“Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dan membincangkan urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari mengundi, daftar pengundi yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan... satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), lapor Berita Harian Malaysia.

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Beliau berkata walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan pilihan raya di Kuala Terengganu terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Pada PRU15, Datuk Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar, termasuk Datuk Mohd Zubir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg