SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bagai Daun-Daun Pokok

Premium

Bagai Daun-Daun Pokok

May 7, 2018 | 5:30 AM

Bagai Daun-Daun Pokok

2e417996-27cf-4f01-958f-619c98bdc526
-

Pokok-pokok yang bagaikan berdiri tegak tidak semua daunnya bergetar ada yang seperti tersihir asyik dengan usapan mentari yang menghangatkan impian kerana angin yang menyisir pada daun-daun hijau itu tidak semua yang terelus kata-kata berpaut pada harapan ranting lebih untung daripada berpaut pada ranting harapan.

Usah diperdebatkan seperti daun-daun pokok sekali ditiup angin ada antara kita yang terkucil tidak membalas salam mesra teruja menilai sendiri-sendiri erti sebuah kehidupan yang bermakna di tengah-tengah belaian angin yang menaburkan angka-angka membenihkan ilham sebelum gugur layu di laman ilham yang kering tapi tak pernah kering dengan pedoman.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg