Topic followed successfully
Go to BHkuBagaimana dapat aku lepaskan rindu (buat ibu bapa yang telah lama berpulang)
Bagaimana dapat aku lepaskan rindu (buat ibu bapa yang telah lama berpulang)
Bagaimana dapat aku lepaskan rindu (buat ibu bapa yang telah lama berpulang)

Bagaimana dapat aku lepaskan rindu sentiasa basah mengelus kalbu di tengah-tengah remang waktu yang terlajak amat jauh bagai kapal yang tak lagi tersauh di pelabuhan cinta sedangkan aku sendiri amat terasa dipanggang usia melayani godaan irama masa memori yang tak mudah sirna pada taman kasih berbunga kemesraan dipetik satu-satu menjadi sejambak kenangan penuh getaran.
Bagaimana dapat aku lepaskan rindu adakah cukup dan mulus bagai hanya bermain seruling bambu dihidupkan oleh nafas anak tersayang diukir oleh bibir yang tak pernah lokek mengucup pipi dan dahi kedua-dua orang tuanya diatur oleh jari-jari yang tak pernah lupa menghulur salam mesra sekalipun jauh di kota raya dilayangkan oleh bayu syahdu meresap ke dasar rasa seorang perindu yang kaya air mata.

