Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahasa Cinta Bahasa Keramat

Dec 25, 2022 | 5:30 AM
0b86e1f6-05e1-4835-ac23-c7d5811aa407
-

Sekali cinta hilang daripada pandangan persekitaran muram kalbu pasti juga walang tak lagi menggelinjang urat nadi tergores atma siang melarat luka malam tenat duka, sekalipun seribu pelita terpasang terangnya tak bermakna kerana kasih sayang bagaikan dikebumikan.

Lentera bahasa cinta menyinar benar bahasa keramat rakyat jelata menyuluh tangan perpaduan ghairah menuai harapan serba kemajuan merangsang hati kebangkitan bangsa tertegak kesedaran mulia bersemangat mengibarkan panji suci keharmonian pelbagai kaum berona pesona memungut semula satu persatu kepingan pengalaman payau semalamdan cantumkan kembali penuh keikhlasan hatiseperti menyusun suai gambar cari kepingan yang tersalah pasang agar yang kurang digenapkan yang tersasar ditepatkan penuh keserian yang lama diidamkan elok dipandang mata meningkah lagu syahdu 'sayangi pertiwiku' bergema di setiap penjuru penuh keluhuran mengelus atma dan gantungkan dengan megah di dinding setiap rumah dalam bentuk seluruh watan tercinta.

Nyalakan terus lentera bahasa cinta biar bersinar benar dalam satu bahasa bahasa cinta kesefahaman disegani dunia di bumi bertuah dan tercinta ini.

Saudara bahasa cinta bahasa keramatkita janakan sepanjang hayat tali persaudaraan erat tertambat biarlah kita berbahasa halus mersik menyantuni tasik yang tak terlepas beriak terusik oleh daun dan ranting yang berguguran yang tak sesekali merelakan kenakalannya namun airnya tetap mengalir tenang sekalipun dalam gelap sekalipun berarus khuatir kerana seperti kerikil-kerikil di jalanan dan bukit yang bercakap dalam diam masing-masing ada bahasa tersendiri meluahkan keteguhan jati diri banyak yang boleh kita pelajari betapa dalam diam itu diriuhkan pengajaran yang terlalu mahal untuk dijual dan terlalu suci untuk dibeli betapa dalam diam itu taat merafakkan setia sekali biduk berlalu kita bagaikan kiambang tetap bertaut tanpa ragu.

PETER AUGUSTINE GOH

Bukan Penyair Pentas

Aku bukan penyair pentas tulisanku hanya di kertas tidak menyeberangi batas atau pun dibincang di atas. Aku bukan pemburu pujian yang rela menempuh ujian tidak sanggup terima kejian setelah membentang kajian. Aku sekadar penulis biasa yang sangat mudah terasa hidupku bergelumang dosa terkumpul semenjak dewasa. Aku berkongsi untuk meluah tidak peduli barangan mewah andai aku seorang pendakwah pastiku tegur atas dan bawah. Aku bukanlah pujangga terbilang yang buah fikirnya kerap dijulang pesananku sering diulang-ulang agar di hatimu tidak menghilang. Andai kata aku penyair pentas peluang pastiku rebut pantas selalu impikan namaku di atas biarlah hanya tertinta di kertas.

SHAFI©UOTES

Embun

Embun... jatuh kau di bumi sudah berkurun Setiap kali kau diturunkan aku terpegun Tiada kata yang dapatku ungkap selain anggun

Embun... di hujung rumput masa mudaku jejak Hingga kini di hatiku menyentuh tanpa memijak Perasaanku untukmu kulukiskan dalam sajak

Embun... selagi waras pemikiran kau tetapku hayati Kesegaranmu satu peribadi yang indahku perolehi Walaupun ramai yang mengakhiri kau tetap berdiri

Embun... kusering diingatkan jangan ambil lewa Menerima segala yang ada di depan mata Tanda kesyukuran yang selalu kita lupa

Embun... akan tiba masa yang tak boleh dielak Usia yang lanjut penuh dengan kerumitan mutlak Aku tidak akan menunggu sehingga tiba nya kelak

KEINDAHAN ALAM TUHAN ... SA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg