SEMASA remaja, Encik Cyprian Lim tekun mendengar ibunya menceritakan pengalaman beliau membesar semasa zaman penjajahan Jepun.

Ibunya, Cik Germaine Lee Sek See, yang dilahirkan pada 1935 di River Valley Road, kerap mengiringi sesi bercerita sebelum tidur itu dengan gambar-gambar lama yang disimpannya.