Singgah di sebuah warung aku pesan secawan kopi kopi hasanah perpaduan diberi nama biarlah ia pekat sarat secukup manis menghambat agar terus rasa enak nikmat segar sepanjang hari kehidupan jauhkan kantuk dan malas sekalipun jika mabuk biarlah aku membebel panjang seperti gerimis yang tiba-tiba mengundang cuba menenangkan hati yang walang di tengah-tengah cuaca panas tercetus rimas terusik atma yang penuh kerinduan tentang erti sebenar sebuah perpaduan menyebarkan perutusan syahdu: “Marilah terus merafakkan setia segala persamaan bersama bukannya secubit perbezaan perbezaan umpama lalang sengaja mencari kesempatan liar merampas segala khasiat pokok getah kesuburan bersusu pekat persaudaraan dijadikan kepingan indah dalam bentuk sebuah peta seluruh watan tercinta.”
Singgah di sebuah warung kopi aku berbahasa penuh adab bersama pelanggan biasa yang dahaga sambil meminum kopi panas menghidu aroma perpaduan yang luar biasa.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg