Mereka itu dulu sekumpul sekepala band tujuh anak muda bawah blok peram cerna adun karya konon sarat nada irama bahasa nota tiada sekata galak meriahi kolong bisu angan menebal mendepan melangit
Mereka itu dulu sekumpul serasa band tujuh anak muda bawah blok lemah ilmu langkah buntu igau lama ditepis ditangkis jendela minda luas dibuka rakus gali sejarah budaya seniman jauhari bapa-bapa pengkarya Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Zainal S. Abbas, Wandly Yazid, Ahmad Wan Yet amanah dijulang bakti kekal mewangi renung titip kaji pesan manikam Sayang DiSayang, Ibu, Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti, Sumbangsih, Gurindam Jiwa, Mengapa DiRindu & tujuh anak muda itu lesu lesi secubit garam seni belum pasti terisi Mereka itu dulu sekumpul selangkah band tujuh anak muda bawah blok mula belajar bercermin diri dalami bahasa kenali nota deras bergelombang darah leluhur memanik memercik zaman ke zaman asli, ghazal, dondang sayang, keroncong, gamelan cantuman perca Nusantara yang agung alun berdetik segar memutik


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg