Premium
Banyak faedah belajar ilmu terjemahan
May 21, 2018 | 5:30 AM
HARGAI PENTERJEMAHAN: Tiga pelajar Maktab Rendah Tampines (dari kiri), Tiara Khalisah Shalahudin, Izza Nazura Ab Manan dan Muhammad Zahid Mohd Zailani, mempelajari kepentingan penterjemahan yang selama ini diambil ringan. - Foto BH oleh SYAMIL SAPARI -
PARA pelajar daripada empat maktab rendah yang menawarkan Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) telah menghadiri bengkel penterjemahan pada Jumaat, 11 Mei lalu.
Bengkel yang diadakan di Maktab Rendah Tampines (TPJC) itu dihadiri oleh para pelajar dari maktab itu sendiri, Maktab Rendah Meridian (MJC), Maktab Rendah Innova (IJC) dan Maktab Rendah Yishun (YJC).

