Pandanglah kami di sini lihatlah kami namun bukan dengan jelingan panjang mahupun renungan tajam yang menikam hanya kerana di balik tembok dengan pelitup dan mengena seragam nyahkuman kami bertandang
kami hanya insan-insan di barisan depan yang juga punya perasaan gentar dan bimbang menentang bota tidak kelihatan yang tiada berupa berbentuk halimunan semata-mata namun demi membina masa depan kita tugas ini dengan rela kami genggami tanggungjawab yang diberi kami gagahi pengorbanan ini kami sanggupi peminggiran ini rela kami redai


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg