kaki itu... mungkin tidak ramai yang tahu akan telapak yang diorak meredah pelbagai onak ranjau bertemu dalam perbualan merancang masa hadapan memperkasa peradaban demi mempertingkat menganjak darjat kaki itulah yang berjiwa rakyat

jari itu... mungkin tidak ramai yang tahu akan jemari yang tangkas menari di atas lembar mencoret corak menyusun kata menguntai makna agar mampu ditatap khalayak pembaca menajam akal membebas minda daripada pasungan takuk lama jari itulah yang membuka mata seluas-luasnya