Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

BAHASA, BUDAYA & WARISAN KITA

Bengkel karang dan pelajari warisan, sejarah tanjak

Acara sempena Bulan Bahasa diadakan pada 19 Ogos di Permata di Gedung Kuning
Aug 14, 2023 | 05:30 AM



Menjaga, mengembangkan serta melestarikan tanjak sebagai warisan budaya Melayu yang perlu dibanggakan, itulah pegangan Encik Zakaria Ahmad yang tekad berusaha demi melihat seni mengarang tanjak terus dikekalkan generasi pelapis di sini.

“Apabila saya mula dahulu, memang sukar untuk mencari guru-guru bertauliah yang boleh mengajar kami tentang seni mengarang tanjak warisan di Singapura.

“Kalau ada pun hanya segelintir, seperti Encik Muhammad Fairuz Zazali, pengasas Tanjak Mahkota SG by Bin Mansor.

“Saya dinasihatkan beliau untuk ke Malaysia jika saya benar-benar mahu belajar tentang seni ini.

“Di sana, saya bertemu dengan Dr Johan Iskandar, pengasas Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu dan mula mengikuti kelas beliau pada 2019,” kata Encik Zakaria, 44 tahun.

Hasil pengalaman tersebut dan ilmu yang telah diraih sepanjang empat tahun mengarang tanjak warisan, bapa tiga anak berusia empat hingga lapan tahun itu bakal meganjurkan bengkel pengenalan destar, tanjak dan tengkolok, pada 19 Ogos ini di Permata di Gedung Kuning.

Acara itu bersempena Bulan Bahasa 2023 dan dibuka kepada ramai, termasuk kaum wanita.

Menerusi bengkel tersebut, mereka yang mendaftar berpeluang belajar tentang cara mengarang tujuh jenis tanjak warisan, antaranya seperti tanjak Anderiguru Selebu, tanjak Bugis Tak Balik, tanjak Takur Tukang Besi dan tanjak Cogan Daun Kopi.

Selain menimba pengetahuan tentang seni membuat tengkolok, peserta juga berpeluang belajar cara ikatan kain samping serta diberi pendedahan tentang adat resam dan adab dalam mengarang tanjak dan tengkolok.

Bengkel sehari yang dianjurkan buat julung-julung kalinya ini bakal dikendalikan guru-guru bertauliah dari Malaysia.

“Ramai yang tahu tentang tanjak, namun mereka tidak mengenali adab, adat dan sejarah yang terkandung di sebalik tanjak warisan ini.

“Mereka juga akan memakai tanjak ini tanpa mengikuti adab dan adatnya. Ramai juga tidak tahu tentang perbezaan antara tanjak warisan serta tanjak kreasi atau tanjak baru.

“Setiap tanjak merakam peristiwa, memberi maksud atau untuk kaum dan orang-orang tertentu.

“Cara memakai tanjak ada adabnya, kebanyakkan tanjak dipakai simpul di sebelah kanan (adat bertandang), kalau di belakang memberi isyarat untuk berwaspada atau siap untuk berkelahi (adab perang)... kalau simpul di depan pula untuk pelipur lara (adat penghibur).

“Jadi kami ingin berkongsi semua ini selain mengetengahkan warisan tanjak ini dengan orang ramai,” tambah Encik Zakaria, yang juga merupakan pengasas Titisan Terimba, sebuah perusahaan kecil yang menghasilkan pakaian warisan Melayu seperti tanjak.

Para peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini akan menerima pensijilan tahap 1, yang bermakna mereka lulus ujian mengarang tujuh tanjak warisan asas yang diajar.

Namun begitu, Encik Zakaria menekankan bengkel sehari ini tidak mencukupi kerana seseorang itu perlu sentiasa berlatih agar dapat mengasah kemahiran mereka.

Beliau berharap dapat menganjurkan bengkel-bengkel lanjutan agar boleh memperkenalkan lebih banyak lagi tanjak warisan kepada umum.

“Kalau bukan kita yang memartabatkan seni mengarang tanjak ini sekarang, mungkin generasi akan datang tidak akan mengetahui tentangnya,” ujar beliau.

Bagi mereka yang berminat, butiran lanjut boleh diperolehi daripada Facebook Titisan Terimba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >