Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Kematian Pertama

Mar 11, 2018 | 5:30 AM
- Foto hiasan
- Foto hiasan -

KEPULAN asap mula mengisi ruang bilik yang picik. Lelaki tua itu kebingungan. Mula mencari-cari sesuatu untuk melepaskan diri. Di manakah tentera yang lain saat diperlukan? Tidak seorang pun yang kelihatan. Dia akur tindakan segera harus dilakukan jika tidak mahu dirinya ditangkap tentera Jepun. Digagahi kakinya yang lemah untuk memanjat pada rakit yang goyah. Percubaan untuk meloloskan diri tersekat apabila kerongkongnya terasa perit kerana tersedut terlalu banyak asap. Dia terbatuk. Tiba-tiba datang wanita muda, cuba memadamkan api. Diikuti beberapa orang lain dan sebelum dia dapat memahami apa yang terjadi, terasa dirinya bergerak.

Rakit di bawahnya juga turut sama. Suara-suara lain kedengaran dan membuat suasana lebih bingar. Badannya terasa disentuh. Kepulan asap beransur reda tetapi masih tidak nampak askar-askar di bawah jagaannya. Tiada lagi terdengar ombak ganas menghempas batu. Dia cuba untuk menahan mata daripada tertutup, namun tidak mampu melawan terus. Dia tertidur lena.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg